Cambridge IGCSE merupakan kurikulum antarabangsa bagi pelajar berumur 14 - 16 tahun.  Ia merupakan kurikulum yang diikhtiraf di seluruh dunia sebagai setaraf dengan British GCSE dan International GCE 'O-Level.  Ia ditawarkan melalui Cambridge International Examination (CIE). Cambridge IGCSE adalah kesinambungan kepada Cambridge Secondary 1 yang dikhususkan kepada pelajar yang berumur 11-14 tahun.  Kurikulum ini memfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar dan pendekatan berasaskan penyelidikan dalam pembelajaran seterusnya meningkatkan kemahiran pelajar dalam pemikiran kreatif, penyelidikan dan penyelesaian masalah.  Cambridge IGCSE adalah setanding dengan kurikulum antarabangsa yang lain dan ianya relevan dan sensitif kepada keperluan dan budaya setempat. 

Program Dwisijil yang dikenali sebagai SPMRSM-IGCSE telah mula dilaksanakan oleh MARA pada tahun 2010 di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan.  Ia merupakan suatu usaha MARA untuk memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan sedia ada.  Ia juga bertujuan untuk memastikan pelajar-pelajar MRSM meningkatkan keupayaan pengetahuan melangkaui apa yang dipelajari di peringkat SPM. Pada tahun 2013, sebanyak 13 MRSM menawarkan program dwi-sijil termasuklah MRSM Langkawi di mana pelajar-pelajar Tingkatan 1 akan mengikuti silibus IGCSE bagi tiga matapelajaran iaitu bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sementara bagi matapelajaran lain, para pelajar akan mengikuti silibus tempatan.

IGCSE diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) system pendidikan MRSM sedia ada. Hasratnya supaya pelajar MRSM should learn and go beyond SPM. Tambahan pula sijil IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan university pada peringkat antarabangsa. Pelajar akan mengambil dua peperiksaan :SPM (Tingkatan 5) dan IGCSE (Tingkatan 4). Selain itu, mereka juga akan mengambil PT3 (Tingkatan 3) dan Cambridge Checkpoint (Tingkatan 2)

  1. Cambridge Checkpoint (Tingkatan 2)
  2. PT3 (Tingkatan 3)
  3. IGCSE (Tingkatan 4)
  4. SPM (Tingkatan 5)

Pelajar akan mengikuti pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris serta dapat menyambung ke pringkat tertiari dengan lebih cepat kerana pelajar akan menduduki IGCSE pada bulan November tingkatan empat

Pamplet SPMRSM IGCSE 

 

SOALAN-SOALAN LAZIM IGCSE

1. Apakah perbezaan antara program dwisijil dan program MRSM yang lain?
    Pelajar akan mengambil dua peperiksaan :SPM dan IGCSE

2. MRSM manakah yang menawarkan program ini?
    2011 - Tun Abdul Razak, Pekan ; 2012 - Alor Gajah, Baling, Batu Pahat dan Kota Putra; 2013 - Langkawi, 
    Kubang Pasu, Parit, Serting, Johor Bharu, Kuantan, Tumpat dan Tawau

3. Bolehkah anak saya berpindah ke MRSM lain jika dia tidak dapat mengikuti program ini?
    Pelajar tidak dibenarkan berpindah MRSM

4. Bolehkah pelajar dari MRSM lain memohon bertukar ke MRSM dwisijil?
    Tidak boleh kerana kurikulum dan suasana pembelajaran berbeza

5. Apakah kos yang perlu ditanggung oleg ibibapa?
    MARA menyediakan semua prasarana pembelajaran dan sumber manusia manakala ibubapa menanggung 
    yuran ujian Checkpoint, Peperiksaan IGCSE dan program lawatan ke luar negara.

6. Adakah PBS dilaksanakan dalam program dwisijil?
    PBS akan dilaksanakan seperti biasa.

7. Jika saya tidak mampu membiayai anak saya untuk program ini, apakah saluran bantuan yang boleh 
    saya pohon?

    Saluran bantuan akan dimaklumkan jika ada

8. Bolehkah anak saya dikecualikan daripada mengikuti program luar negara jika saya tidak mampu 
    membiayai lawatan ke luar negara?

    Program lawatan luar negara tidak wajib, ia hanya sebagai tambahan pengalaman pembelajaran pelajar.

9. Apakah faedahnya kepada anak saya mengikuti program ini?
    Pelajar akan mengikuti pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris serta dapat menyambung 
    ke pringkat tertiari dengan lebih cepat kerana pelajar akan menduduki IGCSE pada bulan November tingkatan
                empat.