Schoolwide Enrichment Model (S.E.M)

Konsep Pelaksanaan

School Wide Enrichment Model (SEM) adalah satu inovasi dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas akademik dengan menyediakan persekitaran persekolahan yang kondusif dan program pendidikan yang mencabar. 
SEM pada asalnya digubal untuk Program Pendidikan Pintar Cerdas kemudian dikembangkan dan digunakan di institusi pendidikan sebagai inovasi untuk meningkatkan pencapaian di bawah 'School Improvement Program'. 

Pelajar pintar cerdas akan dapat menghabiskan kerja mereka dengan cepat. Mereka perlu diberi latihan tambahan untuk mengelakkan mereka bosan dalam kelas, 'Kaedah Compacting & Diffrentation' diamalkan dalam proses pembelajaran. Mengikut Renzulli, kanak-kanak cacat disediakan program khas bagi menghadapi kesukaran belajar. Mengapa pula kita tiada program untuk pelajar yang pintar cerdas. 

Pelaksanaan  SEM  menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelajar yang membolehkan mereka mengenalpasti minat dan seterusnya memperkembangkannya melalui 'The Enrichment Triad Model' dengan pengalaman Pengayaan Type 1, Pengayaan Type 2 dan Pengayaan Type 3.

Pengayaan Type 1

Pelajar diberikan pendedahan kepada pelbagai disiplin, topik, isu, kerjaya, peristiswa dan persekitaran yang biasanya tidak diberikan dalam kelas formal melalui aktiviti seperti ceramah, dialog, tayangan, lawatan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan lain-lain.Pengalaman dan penemuan melalui penerokaan ini membantu pelajar mengenalpasti minat dan bidang untuk penerokaan dan penyelidikan selanjutnya (Pengayaan Type II).

Pengayaan Type 2

Pengayaan berikutnya adalah aktiviti-aktiviti  penerapan kemahiran dan emosi afektif. Semua pelajar diberikan kemahiran genetik seperti proses pemikiran aras tinggi, cara belajar membuat penyelidikan, komunikasi dan mendapatkan bahan. Kemahiran khusus seperti analisis statistik data diberikan sekiranya diperlukan oelh pelajar dalam proses penyelidikan mereka. Oleh itu, pelajar-pelajar akan lebih bersedia dan berkeyakinan untuk mendalami sesuatu bidang atau topik.

Pengayaan Type 3

Berdasarkan minat dan persoalan bersesuaian, pelajar akan menjalankan aktiviti penyiasatan dan penghasilan produk atau perkhidmatan yang ada impak ke atas audience sebenar. Pelajar akan berfikir dan bertindak sebagai seorang penyelidik professional dan mengkaji satu masalah atau topik sebenar menggunakan kaedah-kaedah yang autentik. Melalui aktiviti pengayaan Type III, pelajar akan mempraktikkan kemahiran dan emosi yang efektif yang diterapkan melalui Pengayaan Type II.

Pesta SEM TYPE 3 yang berlangsung pada setiap tahun berjaya dijalankan dengan jayanya serta dilawati oleh guru-guru dan pelajar sekolah-sekolah berhampiran. Di sini, pelaksanaan program SEM ini dapat di lihat sebagai suatu pendekatan pendidikan yang istimewa dalam melahirkan profesional yang melalui proses rutin dalam mengkaji dan menghasilkan sesuatu dapatan dan produk.